Sunday, 28 February 2016

Antara contoh-contoh bencana alam di Malaysia






Sikap yang seharusnya menjadi amalan para anggota masyarakat apabila ditempatkan di pusat-pusat penempatan sementara ketika bencana berlangsung

MENJAGA AKIDAH.
  • Ramai dari kalangan kita yang apabila ditimpa musibah banjir bertindak seperti tidak beragama. Ada yang mencela nasib, memaki hamun pada hujan dan banjir seolah-olah mempertikai perkara yang telah ditetapkan kepada kita diatas kekuasaan Allah SWT. Sebagai seorang Muslim beriman dan percaya pada Qada' dan Qadar, haruslah meyakini bahawa setiap perkara yang terjadi pada kita sama ada baik atau buruk, suka atau duka, kesenangan atau kesusahan, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Segala yang terjadi adalah ujian untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat  155-156 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
  • Oleh itu, dalam menghadapi musibah banjir, kita hendaklah bersabar, meningkatkan amalan dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
MENJAGA SOLAT
  • Kebanyakan antara kita sering memberi alasan untuk tidak menunaikan solat atau melengah-lengahkan solat. Islam telah mengajar kita agar menunaikan solat dalam keadaan apa sekalipun meskipun dalam keadaan sakit dan peperangan.
MENJAGA AURAT
  • Ramai juga antara kita yang mengambil mudah tentang aurat dalam menghadapi banjir. Sebagai contoh, air banjir setinggi betis, tetapi angkat seluar atau kain sampai nampak peha dan aurat terutamanya golongan wanita. Kepada mangsa banjir yang menetap di pusat-pusat pemindahan, rumah saudara mara, surau ataupun masjid, aurat dan adab-adab tertentu dalam berpakaian dan perhubungan harian hendaklah dijaga.
MEMBANTU DAN SALING TOLONG-MENOLONG
  • Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan”.
  • Bantu membantu sesama insan dan makhluk lain merupakan amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam Islam. Dalam meringankan kesusahan mangsa banjir, kita perlu saling tolong-menolong membantu yang termampu dengan memberikan bantuan makanan, pakaian, tempat tinggal, tenaga sukarelawan, bantuan pembersihan dan sebagainya. Selain itu, bagi penghuni pusat pemindahan pula, ringan-ringankan tangan membantu sukarelawan yang datang membantu, memberikan kerjasama yang sewajarnya kerana kehadiran mereka adalah bagi tujuan membantu dan bergotong-royong bersama-sama dalam aktiviti.
TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN
  • Ada juga di kalangan kita yang suka mengambil kesempatan. Sudahlah tidak mahu menolong dan menghulurkan bantuan, sanggup pula mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Ada yang sanggup mencuri barangan mangsa banjir di pusat pemindahan, memecah masuk rumah-rumah ataupun kedai-kedai dan mengambil barang-barang yang ditinggalkan mangsa banjir. Golongan peniaga pula ada yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang atau mengenakan caj perkhidmatan yang melampau dan tidak munasabah.
MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

  • Semasa di pusat pemindahan kita perlu menjaga kesihatan dengan sewajarnya. Pastikan minum air yang telah dimasak, makan makanan yang dimasak, elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman, tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah, jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling, basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas, guna tandas yang sempurna, buang sampah di tempat yang betul dan dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doctor.

Tindakan yang sewajarnya dipraktikan oleh masyarakat dalam menghadapi bencana banjir?


 Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu memahami dan peka kepada sebarang perubahan terhadap persekitaran kehidupan. Kita perlu melakukan persediaan sebelum tercetusnya banjir, mengambil tindakan yang sewajarnya ketika bencana banjir melanda dan mematuhi prosedur selamat apabila pulang ke kawasan petempatan selepas bencana.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

Dapatkan maklumat berkaitan banjir di kawasan kediaman. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta tahu dimana Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran termasuk Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis, bersihkan halangan dan pastikan tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik dan bateri simpanan dicas secukupnya. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain yang mampu diselamatkan ke tempat yang selamat jika perlu dan letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air. Selain itu, tempatkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dbenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan yang mana ramai terlepas pandang. Bukan hanya manusia tetapi haiwan peliharaan juga terjejas akibat bencana seperti banjir.

TINDAKAN KETIKA BANJIR

Jika banjir berlaku ketika di rumah, dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu dan bersedia dengan peralatan kecemasan untuk berpindah. Sebelum berpindah tutup semua suis bekalan elektrik dan air bersih di rumah. Apabila menerima arahan berpindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan. Sebaiknya berpindah awal sebelum banjir meningkat atau berpindah pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang betul atau yang telah ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau berbahaya seperti adanya longkang atau parit terbuka yang ditenggelami air.
Jika banjir terjadi ketika masih dalam kenderaan, jangan terus mengharungi kawasan banjir, seeloknya berpatah balik ke tempat yang selamat dan jika kenderaan terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
Jika banjir berlaku ketika berada di luar rumah sebaiknya pergi ke tempat tinggi dan selamat. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi anak-anak, jangan biarkan bermain di longkang, sungai atau lombong dan elakkan dari terminum air banjir.

 TINDAKAN SELEPAS BANJIR

Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa). Periksa luaran rumah, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, amalkan sikap berhati-hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi. Semasa memasuki rumah pakai kasut, periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu, tingkap, siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh dan sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah.
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor, wayar elektrik dan peralatan elektrik yang terendam di dalam air. Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya) tanpa disedari. Buang semua bahan-bahan makanan yang terendam terkena banjir termasuklah makanan tin dan paket. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa dan buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memperkasakan pengurusan bencana negara?



  
Mengimbau kembali sejarah, Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 memutuskan mewujudkan  satu mekanisme pengurusan dan tindak balas Bencana dan pengurusannya diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) susulan daripada tragedi runtuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Langat, Selangor pada 11 Disember 1993. Hasilnya, MKN telah mengeluarkan Arahan mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara pada 11 Mei 1997 dan mewujudkan Bahagian Pengurusan Bencana di bawah MKN dan arahan ini telah disemak pada tahun 2012.
Bermula tahun 2015, berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim, peranan MKN akan lebih menumpukan kepada soal keselamatan negara, manakala bagi tujuan pengurusan bencana, sebuah agensi baharu iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) Jabatan Perdana Menteri (JPM)  ditubuhkan bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dengan lebih teratur dan efektif.
Oleh itu, dalam memperkasakan pengurusan bencana negara, peranan yang dimainkan oleh MKN telah diambil alih oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN). Agensi baru ini juga akan terus mengunapakai Arahan 20 MKN semakan 2012. Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga dipindahkan ke ABPN. Agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), polis, bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan terus terlibat dalam rangkaian tugas
Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012) akan terus digunapakai kerana masih bersesuaian dengan keadaan semasa dan telah menggariskan mekanisme pengurusan Bencana yang menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan tindakan pemulihan selepas bencana berlaku.

Setiap agensi yang terlibat, bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan ini serta peruntukan-peruntukan yang disebut di dalam Peraturan Tetap Operasi (PTO) pengendalian Bencana yang disediakan dari semasa ke semasa. Dengan adanya Arahan ini, Bencana dapat diurus dengan bersepadu, efektif dan terselaras serta dapat mengelak berlakunya sebarang pembaziran sumber, kekeliruan arahan, konflik tanggungjawab serta percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani suatu kejadian Bencana.

Monday, 22 February 2016

VIDEO BENCANA ALAM DI MALAYSIA

Bantuan dan sumbangan kepada mangsa bencana alam

  Rantau Asia Tenggara merupakan kawasan yang tidak sunyi daripada kejadian bencana alam yang besar. Bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran hutan, tsunami dan ribut taufan serta letupan gunung berapi menjadi sesuatu yang biasa pula di rantau ini terutama di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Kekerapan kejadian ini menyebabkan banyak nyawa melayang dan tidak kurang juga kemusnahan harga benda berlaku dengan tinggi. Oleh itu, sebagai sebuah negara jiran yang bertanggungjawab, Malaysia telah banyak menghulurkan pelbagai sumbangan bantuan yang mampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh negara jiran itu.
Sumbangan yang paling mudah dan efektif ialah bantuan kewangan terutama dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman. Malaysia sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kewangan baik dalam bentuk pinjaman mahupun wang tunai ke Indonesia dan Filipina ketika negara itu dilanda bencana alam. Bantuan ini berupaya memudahkan rakyat kedua-dua negara itu untuk meneruskan kehidupan setelah kehilangan rumah dan pekerjaan mereka akibat kejadian fenomena alam itu. Justeru, bantuan kewangan menjadi bantuan yang paling penting dihulurkan oleh Malaysia kepada negara jirannya yang mengalami bencana alam.
Selain itu, negara kita juga ada menghantar pakar-pakar yang boleh membuat penilaian dan memberikan idea untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana alam itu. Kejadian gempa bumi dan tsunami mampu memusnahkan kawasan rumah dan bangunan yang memerlukan kemahiran pakar-pakar untuk membinanya semula dengan segera. Kehadiran pakar-pakar ini juga memberikan suntikan keyakinan kepada mangsa-mangsa bencana alam itu untuk membina semula rumah mereka yang sudah tiada tersebut. Lantaran itu, penghantaran pakar-pakar ke negara yang dilanda bencana berupaya memastikan proses pembangunan semula berjalan lancar.
Pada masa yang sama bekalan perubatan juga menjadi sumbangan penting dari Malaysia ke negara jiran yang dilanda bencana alam itu. Banyak pertubuhan sukarela negara ini yang menghantar pasukan perubatan mereka dengan segera ke tempat bencana alam untuk memastikan tahap kesihatan di sana terjamin untuk memastikan penularan wabak penyakit seperti taun dan demam tidak berlaku pula. Mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan juga boleh dirawat oleh pasukan perubatan yang dihantar oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Jelaslah, sumbangan dalam bentuk perubatan memberikan satu harapan baru kepada negara-negara jiran kita yang dilanda musibah alam itu.
Malah, Malaysia juga membuat kerjasama yang lebih luas dengan bersetuju untuk membuat pengawasan dan memperkenalkan dasar-dasar mencegah bencana alam. Kejadian tsunami beberapa tahun lalu telah menyebabkan Malaysia dan negara-negara jiran memasang sistem pengesan amaran awal tsunami di kawasan perairan masing-masing yang kemudiannya boleh dikongsi maklumat itu ke seluruh negara pula. Konsep kerjasama sebegini memastikan sebarang kejadian tsunami atau gempa bumi bawah laut boleh diketahui dengan lebih cepat dan teratur oleh negara-negara di rantau ini lalu mengurangkan risiko kematian pula. Maka, negara kita telah memberikan kerjasama yang jitu dan jujur dalam usaha untuk menangani kejadian bencana alam ini.
Konklusinya, semua sumbangan yang diberikan oleh negara itu telah dilakukan, sedang dan akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Sikap sebeginilah yang telah menyebabkan imej negara terus dihormati oleh negara-negara jiran kerana sanggup berkorban demi kebajikan rakyat negara lain. Walaupun Malaysia jarang dilanda bencana alam yang mengorbankan ribuan rakyatnya tetapi kita menyedari kesengsaraan yang dialami itu. Semoga sikap positif sebegini akan berterusan selama-lamanya.
 RUJUKAN - http://noorazmanmahat.blogspot.my/2013/02/karangan-spm-2013bantuan-dan-sumbangan.html

BANTUAN YANG PATUT DIBERIKAN KEPADA MANGSA BENCANA ALAM


Bencana alam sering mengancam nyawa dan kesejahteraan hidup manusia sejak kebelakangan ini. Fenomena bencana alam adalah seperti tsunami, gempa bumi, ribut salji dan banjir. Banyak nyawa telah terkorban serta harta benda telah musnah. Mangsa-mangsa pula hidup dalam penderitaan. Oleh itu, bantuan haruslah diberikan kepada mangsa-mangsa bagi mengurangkan penderitaan mereka. Apakah bentuk bantuan yang boleh diberi kepada mangsa-mangsa bencana alam? Marilah kita lihat bersama-sama.



Pihak kerajaan mahupun swasta perlu bekerjasama untuk menyediakan bantuan peralatan keselamatan. Contoh peralatan keselamatan yang boleh disediakan ialah jentera berat dan alat teknologi moden. Di samping itu, peralatan keselamatan tersebut perlu disediakan dalam masa yang paling singkat. Tujuan peralatan keselamatan tersebut disediakan supaya proses pencarian mangsa lebih senang dijalankan terutamanya bagi mangsa bencana alam gempa bumi dan mangsa runtuhan tanah lumpur. Dengan adanya jentera berat dan peralatan teknologi yang moden, mangsa-mangsa yang masih hidup atau yang tercedera dapat diselamatkan dalam masa yang paling singkat. Oleh itu, satu daripada bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa-mangsa bencana alam adalah dengan menyediakan bantuan peralatan keselamatan.



Selain itu, bantuan perubatan juga perlu disalurkan dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera. Bantuan perubatan ini boleh disalurkan dari seluruh dunia. Doktor, jururawat dan pegawai perubatan perlu ditempatkan di tempat yang berlaku bencana alam dalam tempoh yang paling singkat. Malahan, ubat-ubatan dan vaksin untuk kegunaan mangsa kejadian juga perlu disalurkan dengan secukupnya supaya mangsa-mangsa yang cedera dapat dirawat dengan sempurna. Sebagai contohnya, semasa bencana gempa bumi berlaku di Si Chuan, China, bantuan perubatan telah disalurkan dari negara-negara maju supaya dapat membantu dan merawat mangsa bencana alam. Pendek kata, semasa berlakunya bencana alam, seluruh dunia boleh menyalurkan bantuan perubatan bagi negara yang mengalami bencana alam untuk meringankan penderitaan mangsa-mangsa di tempat tersebut.



Bantuan kepakaran dalam pelbagai bidang harus disediakan untuk membangunkan semula kawasan kejadian. Contoh kepakaran dalam bidang pembinaan dan kepakaran dalam bidang psikologi. Bagi pakar-pakar bidang pembinaan, mereka boleh menggunakan kepakaran mereka untuk membangunkan semula kawasan kejadian yang musnah teruk. Kerosakan yang berlaku juga boleh dibaikpulihkan dengan senang dan cepat. Jadi, mangsa-mangsa boleh menjalankan kehidupan mereka seperti biasa dengan lebih cepat. Pakar psikologi juga amat diperlukan bagi mangsa-mangsa bencana alam. Hal ini disebabkan banyak mangsa akan mengalami gangguan emosi selepas kejadian bencana alam yang dahsyat. Contohnya, mereka mungkin tidak dapat tidur, bermimpi ngeri, dan trauma. Pakar-pakar psikologi boleh menolong mereka supaya mereka boleh mengatasi masalah emosi tersebut dengan cara yang betul. Jadi, bantuan kepakaran dalam pelbagai bidang harus disediakan supaya mereka boleh membantu mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan.



Di samping itu, masyarakat perlu bersama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat. Mereka boleh pergi ke tempat tersebut untuk membantu mangsa-mangsa menyedia atau memasang khemah. Bagi mereka yang tidak dapat sampai ke tempat tersebut, mereka juga boleh menderma makanan, minuman, pakaian, selimut dan lain-lain bagi mangsa-mangsa kejadian. Selain itu, masyarakat juga boleh memberi nasihat dan semangat untuk menenangkan perasaan mangsa. Jadi, Masyarakat harus tidak mementingkan diri sendiri sahaja, sebaliknya kita semua harus memberikan bantuan dengan upaya diri sendiri bagi mangsa-mangsa kejadian.



Akhir sekali, bantuan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan semula penempatan yang musnah semasa kejadian. Kerajaan perlu memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembangunan jangka panjang. Selain itu, kerajaan juga perlu memperuntukkan kewangan untuk pembinaan semula penempatan yang musnah dilanda bencana. Kerajaan harus mementingkan perkara tersebut berbanding dengan perkara yang lain. Tindakan kerajaan tersebut akan memberi keyakinan kepada rakyatnya kerana mereka tahu bahawa tempat mereka dapat dibaikpulihkan dengan secepat mungkin. Jadi, bantuan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan semula penempatan yang musnah.



Berdasarkan huraian yang telah diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kita yang merupakan penghuni bumi ini juga haruslah saling membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka mengikut upaya diri sendiri. Kita berharap agar rakyat tidak terlalu mementingkan diri sendiri atau bersikap materialistik sahaja kerana mangsa-mangsa bencana alam juga merupakan sebahagian penghuni di bumi ini. Oleh itu, segala bantuan yang dibincangkan di atas harus disalurkan kepada mangsa kejadian supaya penderitaan mereka boleh diringankan.

RUJUKAN - http://farihinzul1974.blogspot.my/2010/10/bantuan-yang-patut-diberikan-kepada.html
Cara Mengatasi Bencana Alam
Apabila berlaku kejadian bencana, maka rasa panik, bingung dan ketakutan akan segera menyerang. Tak jarang jatuhnya korban jiwa lebih kerana disebabkan ketakutan dan perasaan panik yang berlaku bukan kerana akibat langsung dari berlakunya bencana. Berikut hal-hal yang dapat dijadikan pedoman untuk menghadapi terjadinya bencana supaya dapat mengelakkan adanya korban jiwa.
A. Bencana Gempa BumiJika gempa bumi melanda secara tiba-tiba, berikut ini 10 petunjuk yang boleh dijadikan pegangan di mana-mana anda berada.1. Di dalam rumahGetaran akan terasa beberapa saat. Selama jangka waktu itu, anda harus mengupayakan keselamatan diri anda dan keluarga anda. Masuklah ke bawah meja untuk melindungi tubuh anda daripada jatuhan benda-benda. Jika anda tidak mempunyai meja, lindungi kepala anda dengan bantal. Jika anda sedang menyalakan dapur, maka matikan segera untuk mencegah terjadinya kebak aran.
            
2. Di sekolahBerlindunglah di bawah kolong meja, lindungi kepala dengan beg atau buku, jangan panik, jika gempa bumi reda keluarlah berturut-turut mulai dari jarak yang paling jauh ke pintu, carilah tempat lapang, jangan berdiri berhampiran bangunan, tiang dan pokok.3. Di luar rumahMelindungi kepada anda dan elakkan benda-benda berbahaya. Di daerah pejabat atau kawasan industri, bahaya boleh muncul dari jatuhnyakaca-kaca dan papan-papan tanda. Lindungi kepala anda dengan menggunakan tangan, beg atau apa-apa jua yang anda bawa.4. Di gedung, mall, pawagam, dan lantai dasar mallJangan menyebabkan panik atau korban dari keadaan panik. Ikut semua petunjuk dari kpetugas atau keselamatan.5. Di dalam lifJangan menggunakan lif saat terjadi semua butang. Apabila lif berhenti, keluarlah, lihat keselamatannya dan jauhi. Jika anda terperangkap dalam lif, hubungi pengurus bangunan dengan menggunakan interphone jika tersedia.6. Di kereta apiBerpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuhseandainya kereta dihentikan secara mendadak. Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari petugas kereta. Salah faham terhadap maklumat petugas kereta atau stesen mengakibatkan kepanikan.7. Di dalam keretaSaat terjadi gempa bumi besar, anda akan merasa seakan-akan roda kereta anda gundul. Anda akan kehilangan kawalan terhadap kereta dan susah mengendalikannya. Jauhi persimpangan, pinggirkan kereta anda di kiri jalan dan berhentilah. Ikut arahan dari radio kereta, jika perlu berpindah maka keluarlah dari kereta, biarkan kereta tak dikunci.

8. Di gunung / pantaiAda kemungkinan tanah runtuh berlaku dari atas gunung, menjauhlah langsung ke tempat selamat. Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah berpindah ke dataran yang tinggi.\B. Bencana Banjir BandangBanjir kilat adalah banjir yang datang secara tiba-tiba yang disebabkan oleh kerana tersumbatnya sungai maupun karena pengundulan hutan di sepanjang sungai sehingga merosakkan rumah-rumah penduduk dan menimbulkan korban jiwa.Yang Harus Dilakukan Semasa Banjir.1. Matikan aliran elektrik di dalam rumah atau hubungi PLN untuk mematikan aliran elektrik di wilayah yang terkena bencana.2. Mengungsi ke kawasan selamat seawal mungkin saat genangan air masih memungkinkan untuk diseberangi.3. Elakkan berjalan di dekat saluran air untuk mengelakkan terseret arus banjir. Segera mengamankan barang-barang berharga ke tempat yang lebih tinggi.4. Jika air terus meninggi hubungi agensi-agensi yang berkaitan dengan penanggulangan bencana seperti Pejabat Kepala Desa, Lurah ataupun Camat.Yang Harus Dilakukan Selepas Banjir5. Secepatnya membersihkan rumah, di mana lantai pada umumnya tertutup lumpur dan gunakan antiseptik untuk membunuh kuman penyakit.\ 6. Cari dan siapkan air bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit yang kerap berjangkit selepas kejadian banjir.7. Waspada terhadap kemungkinan binatang berbisa seperti ular dan lipan atau binatang penyebar penyakit seperti tikus, lipas, lalat, dan nyamuk.8. Sentiasa waspada apabila kemungkinan berlaku banjir susulan.

C. Bencana Tanah LongsorRuntuhan merupakan salah satu jenis gerakan massa tanah atau batuan, ataupun percampuran keduanya, menuruni atau keluar lereng akibat dari terganggunya kestabilan tanah atau batuan penyusun lereng tersebut. Tanah longsor terjadi kerana ada gangguan kestabilan pada tanah / batuan penyusun lereng.Strategi dan usaha penanggulangan bencana Tanah runtuh:1. Elakkan kawasan rawan bencana untuk pembangunan perumahan dan kemudahan utama lain.2. Mengurangkan tahap keterjalan lereng.3. Meningkatkan / memperbaiki dan memelihara sistem perparitan baik air permukaan dan air tanah.Fungsi perparitan adalah untuk menjauhkan airn dari lereng, menghindari air meresap ke dalam cerun atau mengalirkan air ke dalam cerun ke luar lereng. Jadi perparitan perlu dijaga agar jangan sampai tersumbat atau meresapkan air ke dalam tanah.4. Pembuatan bangunan penahan, sauh (anchor) dan pilling.5. Terasering dengan sistem perparitan yang tepat (perparitan pada teras - teras dijaga jangan sampai menjadi jalan meresapkan air ke dalam tanah).6. Penghijauan dengan tanaman yang sistem perakarannya dalam dan jarak tanam yang tepat (khusus untuk cerun curam, dengan cerun lebih daripada 40 darjah atau kira-kira 80% sebaiknya tanaman tidak terlalu rapat serta diseling-selingi dengan tanaman yang lebih pendek dan ringan, di bahagian dasar ditanam rumput).7. Menubuhkan bangunan dengan asas yang kuat.8. Melakukan pemadatan tanah disekitar perumahan.9. Pengenalan daerah rawan longsor.10. Pembuatan tanggul penahan untuk runtuhan batuan (rock fall).11. Penutupan rekahan di atas lereng untuk mencegah air masuk secara cepat kedalam tanah.12. Pondasi tiang pancang sangat disyorkan untuk mengelakkan bahaya liquefaction.13. Utiliti yang ada didalam tanah harus bersifat fleksibel.14. Dalam beberapa kes penempatan semula sangat disyorkan.

D. Bencana TsunamiTsunami boleh diertikan sebagai gelombang laut dengan tempoh panjang yang ditimbulkan oleh gangguan impulsif dari dasar laut. Gangguan impulsif tersebut boleh berupa gempa bumi tektonik, letusan gunung berapi atau runtuhan. Kelajuan tsunami yang naik ke daratan (run-up) berkurang menjadi kira-kira 25-100 Km / jam dan ketinggian air tsunami yang pernah tercatat terjadi di Indonesia adalah 36 meter yang terjadi pada masa letusan gunung api Krakatau tahun 1883.Di Indonesia pada umumnya tsunami berlaku dalam masa kurang dari 40 minit selepas berlakunya gempa bumi besar di bawah laut. Adanya tsunami tidak boleh diramalkan dengan tepat kapan terjadinya, akan tetapi kita boleh menerima peringatan akan terjadinya tsunami sehingga kita masih ada masa untuk menyelamatkan diri.Penyelamatan diri semasa berlaku tsunamiJika berada di sekitar pantai, terasa ada gegaran gempa bumi, air laut berhampiran pantai surut secara tiba-tiba sehingga dasar laut kelihatan, segeralah lari menuju ke tempat yang tinggi (bukit atau bangunan tinggi) sambil memberitahu rakan-rakan yang lain.Jika sedang berada di dalam perahu atau kapal di tengah laut serta mendengar berita dari pantai telah berlaku tsunami, jangan mendekat kepantai. Arahkan bot ke laut. Jika gelombang pertama telah datang dan surut kembali, jangan segera turun ke kawasan yang rendah. Biasanya gelombang seterusnya akan terhempas. Jika gelombang telah benar-benar reda, lakukan pertolongan pertama pada korban.
E. Bencana Gunung BerapiLetusan gunung api adalah merupakan bahagian dari aktiviti gunung berapi yang dikenali dengan istilah "letusan". Hampir semua aktiviti gunung api berkaitan dengan zon kegempaan aktif, sebab berkaitan dengan batas lempeng. Pada batas lempeng inilah terjadi perubahan tekanan dan suhu yang sangat tinggi sehingga mampu mencairkan material sekitarnya yang merupakan cecair pijar (magma). Magma akan mengintrusi batuan atau tanah di sekitarnya melalui rekahan- rekahan mendekati permukaan bumi.


RUJUKAN -  http://blogcaramengatasibencanaalam.blogspot.my/

Wednesday, 3 February 2016


 
 Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.   Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini.   Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Manakala, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.   Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alamnya.   Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak "mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia yang memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.   Sementara itu, dalam apa jua keadaan, manusia diarahkan untuk membuat persediaan, sama ada persediaan untuk menghadapi sesuatu yang buruk atau membuat persediaan untuk melakukan sesuatu yang baik. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia untuk bersiap sedia. Ayat 71, surah An-Nisa' (4) menyatakan "bersedialah dan berjaga-jagalah" dan ini membuktikan bahawa membuat persediaan sebelum sesuatu berlaku atau sebelum melakukan sesuatu bukanlah satu perkara asing bagi Islam.   Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang nasihat Nabi Yusuf kepada Raja Mesir. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus serta melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Dengan itu, Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan bahawa negeri Mesir bakal berhadapan dengan tujuh tahun musim kemarau. Oleh itu, rakyat Mesir diminta bersiap-sedia bercucuk tanam dengan bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi musim kemarau itu.Dalam kisah di atas, persediaan yang rapi dilakukan bagi menghadapi bencana kemarau. Oleh itu, semasa musim kemarau tiba, mereka sudah mempunyai cukup makanan untuk berhadapan dengan bencana tersebut. Bukan itu sahaja, penduduk negeri tersebut juga telah menyimpan biji benih yang baik untuk� ditanam semula selepas musim kemarau berlalu. Lihatlah betapa persediaan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi menghadapi bencana.   Samalah halnya dengan usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana. Ini merupakan satu bentuk persediaan yang memang dituntut dalam Islam. Sistem ini akan membantu kita mengesan kemungkinan berlakunya bencana alam. Dalam kes bencana Tsunami, sistem tersebut boleh mengesan gegaran yang akan menyebabkan Tsunami berlaku. Sistem ini terdiri daripada unit-unit seismograf (alat pengesan gempa bumi), pengesan ombak dan alat DART. Alat DART inilah yang akan menilai dan melaporkan kewujudan dan intensiti ombak Tsunami selepas gempa bumi di lautan berlaku.  Pada ketika ini, sistem amaran ombak Tsunami di Lautan Pasifik telah terbukti berkesan menyampaikan maklumat berkaitan bencana ini. Misalnya di Jepun, sebelum pembinaan sistem ini, 14 kejadian Tsunami telah mengorbankan lebih 6000 orang di Jepun. Dengan pengenalan sistem ini, terdapat 20 kejadian Tsunami yang mengorbankan 215 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa sistem tersebut yang disokong sistem komunikasi yang cekap di negara-negara Lautan Pasifik memang berkemampuan memberikan maklumat yang betul berkenaan ombak Tsunami.   Oleh itu, peranan sistem komunikasi juga amat penting. Sistem amaran awal ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika jaringan komunikasi negara-negara di Lautan Hindi tidak cekap. Jaringan komunikasi ini penting bagi memastikan maklumat bencana dapat disampaikan secepat mungkin kepada negara-negara yang terlibat. Apalah gunanya sistem yang menelan belanja RM76 juta ini jika maklumat yang diperolehi itu tidak dapat disalurkan kepada negara-negara penerima bencana.   Dalam pada itu, pembangunan sistem amaran awal ini mesti disertakan dengan program kesedaran awam. Orang ramai mesti dididik dengan maklumat yang tepat berkenaan bencana ini. Mereka mesti disedarkan akan kemungkinan bahaya yang bakal mereka hadapi dan bagaimana hendak berhadapan dengan bahaya tersebut. Program kesedaran ini juga akan menyokong kejayaan sistem amaran awal yang bakal dibina kelak. Dengan program kesedaran dan pendidikan, orang ramai tahu bagaimana hendak bertindak dalam keadaan bencana yang melanda.   Kejayaan keseluruhan sistem ini harus dikaji secara menyeluruh. Jaringan komunikasi dan kesedaran awam memang penting. Seperkara lagi, usaha meningkatkan keyakinan awam akan bahaya Tsunami juga sangat kritikal. Di Hawaii, sistem amaran awal bencana Tsunami memang terbukti berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Selain itu, program kesedaran akan bahaya Tsunami juga telah dirancang dan diimplementasi dengan baik.   Walau bagaimanapun, menurut Dr. Walter Dudley dari University of Hawaii, program kesedaran yang dijalankan belum tentu dapat meyakinkan orang awam akan bahaya ombak Tsunami. Di HiloHawaii, bencana Tsunami telah beberapa kali berlaku. Walaupun begitu, amaran Tsunami sering juga diabaikan kerana penduduknya tidak begitu yakin dengan amaran tersebut.   Ketidakyakinan ini timbul kerana terdapat beberapa kes di mana amaran yang dikeluarkan tidak begitu tepat. Di Hilo, pernah berlaku satu kes di mana amaran ombak Tsunami dikeluarkan tetapi ombak yang tiba hanyalah setinggi enam inci. Dalam kes ini, pengetahuan orang awam tidak disertai dengan keyakinan. Oleh itu, cabarannya adalah untuk meyakinkan bahawa bahaya ombak Tsunami benar-benar wujud dan boleh membawa kebinasaan.   Berdasarkan penjelasan di atas, terbukti bahawa kerajaan atau mana-mana agensi yang terlibat mempunyai tugas yang berat untuk menyediakan program kesedaran yang bermanfaat kepada semua pihak. Walau pun sukar, usaha itu mesti terus dijalankan. Jika tidak, sia-sialah pembinaan sistem amaran awal bencana yang bakal dibangunkan itu.   Perlu juga diingat bahawa pembinaan sistem amaran awal bencana ini bukanlah untuk melawan kuasa Ilahi. Ia hanyalah sekadar satu usaha untuk membuat persediaan terhadap kemungkinan tibanya bencana. Ini samalah juga dengan usaha seseorang untuk mencegah penyakit sebelum penyakit itu datang. Dengan persediaan itu, kita akan lebih bersedia, tabah dan sanggup menerima dugaan yang Allah s.w.t. berikan.   Pun begitu, kita akur bahawa usaha mengesan bencana dengan lebih awal bukan satu jaminan kita akan bebas dari bencana tersebut. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzaab (33), ayat 17 yang bermaksud, "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka".   Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada apa pun yang dapat menahan bencana dari berlaku. Walau bagaimana pun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau mengurangkan kesan bencana alam tersebut. Oleh kerana itu, usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana Tsunami di negara ini amat dialu-alukan. Walaupun sistem ini tidak dapat menghalang bencana tsunami namun terbukti system tersebut dapat meminimumkan kesan bencana Tsunami kepada manusia.   Di dalam alam ini, manusia sungguh kerdil. Sekali alam bertindak manusia pasti tidak dapat mengelak. Lebih-lebih lagi jika manusia itu leka dan alpa. Oleh itu, insaf dan ambillah iktibar dari bencana yang telah berlaku serta berusahalah untuk lebih berhemah dalam segala urusan di muka bumi ini