Monday, 22 February 2016

Cara Mengatasi Bencana Alam
Apabila berlaku kejadian bencana, maka rasa panik, bingung dan ketakutan akan segera menyerang. Tak jarang jatuhnya korban jiwa lebih kerana disebabkan ketakutan dan perasaan panik yang berlaku bukan kerana akibat langsung dari berlakunya bencana. Berikut hal-hal yang dapat dijadikan pedoman untuk menghadapi terjadinya bencana supaya dapat mengelakkan adanya korban jiwa.
A. Bencana Gempa BumiJika gempa bumi melanda secara tiba-tiba, berikut ini 10 petunjuk yang boleh dijadikan pegangan di mana-mana anda berada.1. Di dalam rumahGetaran akan terasa beberapa saat. Selama jangka waktu itu, anda harus mengupayakan keselamatan diri anda dan keluarga anda. Masuklah ke bawah meja untuk melindungi tubuh anda daripada jatuhan benda-benda. Jika anda tidak mempunyai meja, lindungi kepala anda dengan bantal. Jika anda sedang menyalakan dapur, maka matikan segera untuk mencegah terjadinya kebak aran.
            
2. Di sekolahBerlindunglah di bawah kolong meja, lindungi kepala dengan beg atau buku, jangan panik, jika gempa bumi reda keluarlah berturut-turut mulai dari jarak yang paling jauh ke pintu, carilah tempat lapang, jangan berdiri berhampiran bangunan, tiang dan pokok.3. Di luar rumahMelindungi kepada anda dan elakkan benda-benda berbahaya. Di daerah pejabat atau kawasan industri, bahaya boleh muncul dari jatuhnyakaca-kaca dan papan-papan tanda. Lindungi kepala anda dengan menggunakan tangan, beg atau apa-apa jua yang anda bawa.4. Di gedung, mall, pawagam, dan lantai dasar mallJangan menyebabkan panik atau korban dari keadaan panik. Ikut semua petunjuk dari kpetugas atau keselamatan.5. Di dalam lifJangan menggunakan lif saat terjadi semua butang. Apabila lif berhenti, keluarlah, lihat keselamatannya dan jauhi. Jika anda terperangkap dalam lif, hubungi pengurus bangunan dengan menggunakan interphone jika tersedia.6. Di kereta apiBerpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuhseandainya kereta dihentikan secara mendadak. Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari petugas kereta. Salah faham terhadap maklumat petugas kereta atau stesen mengakibatkan kepanikan.7. Di dalam keretaSaat terjadi gempa bumi besar, anda akan merasa seakan-akan roda kereta anda gundul. Anda akan kehilangan kawalan terhadap kereta dan susah mengendalikannya. Jauhi persimpangan, pinggirkan kereta anda di kiri jalan dan berhentilah. Ikut arahan dari radio kereta, jika perlu berpindah maka keluarlah dari kereta, biarkan kereta tak dikunci.

8. Di gunung / pantaiAda kemungkinan tanah runtuh berlaku dari atas gunung, menjauhlah langsung ke tempat selamat. Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah berpindah ke dataran yang tinggi.\B. Bencana Banjir BandangBanjir kilat adalah banjir yang datang secara tiba-tiba yang disebabkan oleh kerana tersumbatnya sungai maupun karena pengundulan hutan di sepanjang sungai sehingga merosakkan rumah-rumah penduduk dan menimbulkan korban jiwa.Yang Harus Dilakukan Semasa Banjir.1. Matikan aliran elektrik di dalam rumah atau hubungi PLN untuk mematikan aliran elektrik di wilayah yang terkena bencana.2. Mengungsi ke kawasan selamat seawal mungkin saat genangan air masih memungkinkan untuk diseberangi.3. Elakkan berjalan di dekat saluran air untuk mengelakkan terseret arus banjir. Segera mengamankan barang-barang berharga ke tempat yang lebih tinggi.4. Jika air terus meninggi hubungi agensi-agensi yang berkaitan dengan penanggulangan bencana seperti Pejabat Kepala Desa, Lurah ataupun Camat.Yang Harus Dilakukan Selepas Banjir5. Secepatnya membersihkan rumah, di mana lantai pada umumnya tertutup lumpur dan gunakan antiseptik untuk membunuh kuman penyakit.\ 6. Cari dan siapkan air bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit yang kerap berjangkit selepas kejadian banjir.7. Waspada terhadap kemungkinan binatang berbisa seperti ular dan lipan atau binatang penyebar penyakit seperti tikus, lipas, lalat, dan nyamuk.8. Sentiasa waspada apabila kemungkinan berlaku banjir susulan.

C. Bencana Tanah LongsorRuntuhan merupakan salah satu jenis gerakan massa tanah atau batuan, ataupun percampuran keduanya, menuruni atau keluar lereng akibat dari terganggunya kestabilan tanah atau batuan penyusun lereng tersebut. Tanah longsor terjadi kerana ada gangguan kestabilan pada tanah / batuan penyusun lereng.Strategi dan usaha penanggulangan bencana Tanah runtuh:1. Elakkan kawasan rawan bencana untuk pembangunan perumahan dan kemudahan utama lain.2. Mengurangkan tahap keterjalan lereng.3. Meningkatkan / memperbaiki dan memelihara sistem perparitan baik air permukaan dan air tanah.Fungsi perparitan adalah untuk menjauhkan airn dari lereng, menghindari air meresap ke dalam cerun atau mengalirkan air ke dalam cerun ke luar lereng. Jadi perparitan perlu dijaga agar jangan sampai tersumbat atau meresapkan air ke dalam tanah.4. Pembuatan bangunan penahan, sauh (anchor) dan pilling.5. Terasering dengan sistem perparitan yang tepat (perparitan pada teras - teras dijaga jangan sampai menjadi jalan meresapkan air ke dalam tanah).6. Penghijauan dengan tanaman yang sistem perakarannya dalam dan jarak tanam yang tepat (khusus untuk cerun curam, dengan cerun lebih daripada 40 darjah atau kira-kira 80% sebaiknya tanaman tidak terlalu rapat serta diseling-selingi dengan tanaman yang lebih pendek dan ringan, di bahagian dasar ditanam rumput).7. Menubuhkan bangunan dengan asas yang kuat.8. Melakukan pemadatan tanah disekitar perumahan.9. Pengenalan daerah rawan longsor.10. Pembuatan tanggul penahan untuk runtuhan batuan (rock fall).11. Penutupan rekahan di atas lereng untuk mencegah air masuk secara cepat kedalam tanah.12. Pondasi tiang pancang sangat disyorkan untuk mengelakkan bahaya liquefaction.13. Utiliti yang ada didalam tanah harus bersifat fleksibel.14. Dalam beberapa kes penempatan semula sangat disyorkan.

D. Bencana TsunamiTsunami boleh diertikan sebagai gelombang laut dengan tempoh panjang yang ditimbulkan oleh gangguan impulsif dari dasar laut. Gangguan impulsif tersebut boleh berupa gempa bumi tektonik, letusan gunung berapi atau runtuhan. Kelajuan tsunami yang naik ke daratan (run-up) berkurang menjadi kira-kira 25-100 Km / jam dan ketinggian air tsunami yang pernah tercatat terjadi di Indonesia adalah 36 meter yang terjadi pada masa letusan gunung api Krakatau tahun 1883.Di Indonesia pada umumnya tsunami berlaku dalam masa kurang dari 40 minit selepas berlakunya gempa bumi besar di bawah laut. Adanya tsunami tidak boleh diramalkan dengan tepat kapan terjadinya, akan tetapi kita boleh menerima peringatan akan terjadinya tsunami sehingga kita masih ada masa untuk menyelamatkan diri.Penyelamatan diri semasa berlaku tsunamiJika berada di sekitar pantai, terasa ada gegaran gempa bumi, air laut berhampiran pantai surut secara tiba-tiba sehingga dasar laut kelihatan, segeralah lari menuju ke tempat yang tinggi (bukit atau bangunan tinggi) sambil memberitahu rakan-rakan yang lain.Jika sedang berada di dalam perahu atau kapal di tengah laut serta mendengar berita dari pantai telah berlaku tsunami, jangan mendekat kepantai. Arahkan bot ke laut. Jika gelombang pertama telah datang dan surut kembali, jangan segera turun ke kawasan yang rendah. Biasanya gelombang seterusnya akan terhempas. Jika gelombang telah benar-benar reda, lakukan pertolongan pertama pada korban.
E. Bencana Gunung BerapiLetusan gunung api adalah merupakan bahagian dari aktiviti gunung berapi yang dikenali dengan istilah "letusan". Hampir semua aktiviti gunung api berkaitan dengan zon kegempaan aktif, sebab berkaitan dengan batas lempeng. Pada batas lempeng inilah terjadi perubahan tekanan dan suhu yang sangat tinggi sehingga mampu mencairkan material sekitarnya yang merupakan cecair pijar (magma). Magma akan mengintrusi batuan atau tanah di sekitarnya melalui rekahan- rekahan mendekati permukaan bumi.


RUJUKAN -  http://blogcaramengatasibencanaalam.blogspot.my/

Wednesday, 3 February 2016


 
 Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.   Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini.   Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Manakala, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.   Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alamnya.   Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak "mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia yang memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.   Sementara itu, dalam apa jua keadaan, manusia diarahkan untuk membuat persediaan, sama ada persediaan untuk menghadapi sesuatu yang buruk atau membuat persediaan untuk melakukan sesuatu yang baik. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia untuk bersiap sedia. Ayat 71, surah An-Nisa' (4) menyatakan "bersedialah dan berjaga-jagalah" dan ini membuktikan bahawa membuat persediaan sebelum sesuatu berlaku atau sebelum melakukan sesuatu bukanlah satu perkara asing bagi Islam.   Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang nasihat Nabi Yusuf kepada Raja Mesir. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus serta melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Dengan itu, Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan bahawa negeri Mesir bakal berhadapan dengan tujuh tahun musim kemarau. Oleh itu, rakyat Mesir diminta bersiap-sedia bercucuk tanam dengan bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi musim kemarau itu.Dalam kisah di atas, persediaan yang rapi dilakukan bagi menghadapi bencana kemarau. Oleh itu, semasa musim kemarau tiba, mereka sudah mempunyai cukup makanan untuk berhadapan dengan bencana tersebut. Bukan itu sahaja, penduduk negeri tersebut juga telah menyimpan biji benih yang baik untuk� ditanam semula selepas musim kemarau berlalu. Lihatlah betapa persediaan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi menghadapi bencana.   Samalah halnya dengan usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana. Ini merupakan satu bentuk persediaan yang memang dituntut dalam Islam. Sistem ini akan membantu kita mengesan kemungkinan berlakunya bencana alam. Dalam kes bencana Tsunami, sistem tersebut boleh mengesan gegaran yang akan menyebabkan Tsunami berlaku. Sistem ini terdiri daripada unit-unit seismograf (alat pengesan gempa bumi), pengesan ombak dan alat DART. Alat DART inilah yang akan menilai dan melaporkan kewujudan dan intensiti ombak Tsunami selepas gempa bumi di lautan berlaku.  Pada ketika ini, sistem amaran ombak Tsunami di Lautan Pasifik telah terbukti berkesan menyampaikan maklumat berkaitan bencana ini. Misalnya di Jepun, sebelum pembinaan sistem ini, 14 kejadian Tsunami telah mengorbankan lebih 6000 orang di Jepun. Dengan pengenalan sistem ini, terdapat 20 kejadian Tsunami yang mengorbankan 215 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa sistem tersebut yang disokong sistem komunikasi yang cekap di negara-negara Lautan Pasifik memang berkemampuan memberikan maklumat yang betul berkenaan ombak Tsunami.   Oleh itu, peranan sistem komunikasi juga amat penting. Sistem amaran awal ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika jaringan komunikasi negara-negara di Lautan Hindi tidak cekap. Jaringan komunikasi ini penting bagi memastikan maklumat bencana dapat disampaikan secepat mungkin kepada negara-negara yang terlibat. Apalah gunanya sistem yang menelan belanja RM76 juta ini jika maklumat yang diperolehi itu tidak dapat disalurkan kepada negara-negara penerima bencana.   Dalam pada itu, pembangunan sistem amaran awal ini mesti disertakan dengan program kesedaran awam. Orang ramai mesti dididik dengan maklumat yang tepat berkenaan bencana ini. Mereka mesti disedarkan akan kemungkinan bahaya yang bakal mereka hadapi dan bagaimana hendak berhadapan dengan bahaya tersebut. Program kesedaran ini juga akan menyokong kejayaan sistem amaran awal yang bakal dibina kelak. Dengan program kesedaran dan pendidikan, orang ramai tahu bagaimana hendak bertindak dalam keadaan bencana yang melanda.   Kejayaan keseluruhan sistem ini harus dikaji secara menyeluruh. Jaringan komunikasi dan kesedaran awam memang penting. Seperkara lagi, usaha meningkatkan keyakinan awam akan bahaya Tsunami juga sangat kritikal. Di Hawaii, sistem amaran awal bencana Tsunami memang terbukti berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Selain itu, program kesedaran akan bahaya Tsunami juga telah dirancang dan diimplementasi dengan baik.   Walau bagaimanapun, menurut Dr. Walter Dudley dari University of Hawaii, program kesedaran yang dijalankan belum tentu dapat meyakinkan orang awam akan bahaya ombak Tsunami. Di Hilo, Hawaii, bencana Tsunami telah beberapa kali berlaku. Walaupun begitu, amaran Tsunami sering juga diabaikan kerana penduduknya tidak begitu yakin dengan amaran tersebut.   Ketidakyakinan ini timbul kerana terdapat beberapa kes di mana amaran yang dikeluarkan tidak begitu tepat. Di Hilo, pernah berlaku satu kes di mana amaran ombak Tsunami dikeluarkan tetapi ombak yang tiba hanyalah setinggi enam inci. Dalam kes ini, pengetahuan orang awam tidak disertai dengan keyakinan. Oleh itu, cabarannya adalah untuk meyakinkan bahawa bahaya ombak Tsunami benar-benar wujud dan boleh membawa kebinasaan.   Berdasarkan penjelasan di atas, terbukti bahawa kerajaan atau mana-mana agensi yang terlibat mempunyai tugas yang berat untuk menyediakan program kesedaran yang bermanfaat kepada semua pihak. Walau pun sukar, usaha itu mesti terus dijalankan. Jika tidak, sia-sialah pembinaan sistem amaran awal bencana yang bakal dibangunkan itu.   Perlu juga diingat bahawa pembinaan sistem amaran awal bencana ini bukanlah untuk melawan kuasa Ilahi. Ia hanyalah sekadar satu usaha untuk membuat persediaan terhadap kemungkinan tibanya bencana. Ini samalah juga dengan usaha seseorang untuk mencegah penyakit sebelum penyakit itu datang. Dengan persediaan itu, kita akan lebih bersedia, tabah dan sanggup menerima dugaan yang Allah s.w.t. berikan.   Pun begitu, kita akur bahawa usaha mengesan bencana dengan lebih awal bukan satu jaminan kita akan bebas dari bencana tersebut. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzaab (33), ayat 17 yang bermaksud, "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka".   Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada apa pun yang dapat menahan bencana dari berlaku. Walau bagaimana pun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau mengurangkan kesan bencana alam tersebut. Oleh kerana itu, usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana Tsunami di negara ini amat dialu-alukan. Walaupun sistem ini tidak dapat menghalang bencana tsunami namun terbukti system tersebut dapat meminimumkan kesan bencana Tsunami kepada manusia.   Di dalam alam ini, manusia sungguh kerdil. Sekali alam bertindak manusia pasti tidak dapat mengelak. Lebih-lebih lagi jika manusia itu leka dan alpa. Oleh itu, insaf dan ambillah iktibar dari bencana yang telah berlaku serta berusahalah untuk lebih berhemah dalam segala urusan di muka bumi ini